Royal Baby

Menjadi kelaziman di negara Eropah kelahiran bayi pertama dalam kalangan keluarga diraja amat dinantikan kerana suatu hari nanti mereka bakal mewarisi takhta kerajaan. Walaubagaimanapun tumpuan lebih terarah di Britain kerana keluarga diraja ini merupakan keluarga diraja paling berpengaruh di dunia. Lensa Monarki diraja akan mengimbas kembali keleahiran Royal Baby di negara lain. Senarai Bakal Raja dan Ratu suatu hari nanti:

  1. Sweden: Princess Estelle Silvia Eva Mary
  2. Brunei: Prince Abdul Muntaqim 
  3. Japan: Prince Hisahito Shinno 
  4. Denmark: Prince Christian Valdemar Henri John
  5. Sepanyol: Infanta Leonor de Todos Ios Santos de Borbon Ortiz
  6. Norway: Princess Ingrid Alexandra 
  7. Belanda: Princess Catharina-Amalia Beatrix Carmen Victoria
  8. Belgium: Princess Elisabeth Theresa Marie Helena
  9. Liechtenstein: Prince Joseph Wenzel
Sweden: Princess Estelle Silvia Eva Mary (23 February 2013)


Anak sulung Puteri Mahkota Sweden, Crown Princess Victoria dan Prince Danial dilahirkan pada 23 Februari 2013 dan merupakan pewaris kedua takhta sweden selapas bondanya. Sempena kelahirannya Raja Sweden, King Carl XVI Gustav telah mengurniakan gelaran Duchess of Ostergotland kepada cucu pertamanya ini.

Gambar rasmi sempena Majlis Pembaptisan yang diadakan diadakan gereja istana.


Cucu Pertama Raja Sweden

bergambar bersama-sama keluarga kedua-dua belah pihak

Crown Princess Victoria dan Prince Daniel bersama anak sulung mereka

Godparents kepada Princess Estella: 
dari kiri: Prince Carl Philip (adik Princess Victoria), Anna Westling (adik Prince Daniel), King Wllim-Alexander of Netherlands, Crown Princess Mary of Denmark, Crown Prince Haakon of Norway

Princess Estelle sewaaktu menghadiri istiadat perkahwinan Bonda saudaranya, HRH Princess Madeline 8 June 2013

Potret Terbaru Princess Estelle sempena Hari Kebangsaan Seweden 6 June 2013


Brunei: Prince Abdul Muntaqim (17 Mac 2007)


Anak sulung kepada DPMM Pengiran Al Muhtadee Billah dan PAIPA Sarah suatu hari nanti bakal menjadi Sultan Brunei ke-31. Dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran anak Hajah Saleha, kelahiran putera ini diiringi dengan 17 das tembakan meriam.

 ketika menghadiri Expo Ketenteraan Brunei 2009 bersama bonda dan Nendanya

sewaktu sambutan hari raya bersama KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

Japan: Prince Hisahito Shinno (6 September 2006)

15 September 2006: Prince Hisahito dan Bondanya Princess Kiko sewaktu keluar dari Hospital Tokyo. Prince Hisahito merupakan bayi lelaki pertama yang lahir dalam keluarga diraja Jepun sejak 41 tahun dahulu.

8 April 2013: Prince Hisahito ditemani Ibu bapanya Prince Akishino dan Princess Kiko ketika memulakan sesi pertama persekolahan di Ochanomizu University Elementary Shcool 

Prince Hisahito mengenakan pakaian kebangsaan Jepun sempena sambutan hari jadinya yang ke 5 bersama 2 orang kakanya Princess Mako dan princess Kako

Anak lelaki terakhir yang dilahirkan dalam keluarga diraja Jepun adalah pada tahun 1965 iaitu bapa Prince Hisahito. Kelahiran Prince Hisahito dianggap sebagai penyelamat (penerus kesinambungan) kepada monarki Jepun kerana negara ini tidak membenarkan anak perempuan mewarisi takhta kerajaan. Ini menjadikan Prince Hisahito berada pada kedudukan ketiga selepas bapa saudaranya (Crown Prince Naruhito) dan bapanya sendiri (Prince Akishino). 

Denmark: Prince Christian Valdemar Henri John (15 Oktober 2005)

Anak sulung kepada Putera dan Puteri Mahkota Denmark ini berada pada kedudukan Kedua dalam senarai pewarisan takhta denmark selepas bapanya Prince Frederik. Cucu kepada Ratu Denmark, Ratu Margrethe ini dilahirkan di Copenhagen University Hospital dan bakal menjadi Raja Denmark suatu hari nanti. 21 das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbolik kepada kelahiran bayi diraja ini. 

21 Januari 2006: semasa upacara pembaptisan di gereja dalam Istana Diraja Christianborg

Potret rasmi sempena merayakan 40 Tahun pemerintahan Ratu Denmark di atas takhta kerajaan.
Prince Christian, Crown Prince Frederik dan Ratu Margrethe II

19 Jun 2010: Bersama dengan ibubapanya Crown Prince Frederik dan Crown Princess Mary ketika menghadiri istiadat perkahwinan Puteri Mahkota Sweden, Crown Princess Victoria. Prince Christian diberi pernghormatan menjadi "page boy" ketika istiadat ini berlangsung 

Sepanyol: Infanta Leonor de Todos Ios Santos de Borbon Ortiz (31 Oktober 2005)






Merupakan Puteri Sulung kepada Prince Felipe and Princess Letizia of Spain. Leonor merupakan pewaris kedua takhta diraja Sepanyol selepas bapanya dan mengikut Perlembagaan Sepanyol 1978, Leonor akan mewarisi gelaran Princess of Asturias dan boleh menjadi Ratu pemerintah sekiranya tiada waris lelaki dilahirkan dalam keluarganya. Sepanyol membenarkan Perempuan memerintah tetapi keutamaan diberikan kepada waris lelaki terlebih dahulu. Dengan erti kata lain, sekiranya Leonor mendapat adik lelaki, haknya untuk mewarisi takhta akan hilang dan akan diberikan kepada adik lelakinya. Gelaran diraja bagi Leonor adalah Her royal Highness Infanta of Spain. Leonor mempunyai seorang adik perempuan iaitu Infanta Sofia.




Potret rasmi Infanta Leonor dan adiknya Infanta Sofia bersama Ibu bapa (Prince and Princess of Asturias) mereka sempena meraikan Ulangtahun ke-40 Princess Letizia 

Norway: Princess Ingrid Alexandra (21 Januari 2004)
Her Royal Highness Princess Ingrid Alexander of Norway merupakan anakanda sulung putera dan puteri mahkota Norway Crown Prince Haakon dan Crown Princess Mette-Marit. Dilahirkan pada 21 Januari 2004 di Hospital Universiti Rikshospitalet, Oslo. Cucu kepada Raja Norway King Harald V dan Queen Sonja berada pada kedudukan kedua senarai pewaris takhta kerajaan apabila Perlembagaan Norway telah diubah pada tahun 1990 yang membenarkan waris perempuan untuk memerintah negara. Ini akan mejadikan Princess Ingrid sebagai Ratu Norway pertama memerintah selepas Norway mencapai kemerdekaan. Norway pernah diperintah oleh seorang Ratu Perempuan iaitu Margaret I yang merupakan Ratu pemerintah bagi Norway, Sweden dan Denmark (1387-1412) ketika ketiga-tiga negara ini masih lagi di bawah satu pemerintahan beraja. Princess Ingrid mempunyai seorang adik lelaki iaitu Prince Sverre Magnus dan seorang abang tiri Marius Borg Hoiby yang merupakan anak kepada Princess Mette-Marit sebelum berkahwin dengan Prince Haakon.
Gambar Rasmi sempena Hari jadinya yang Ke-9 (21 Januari 2013) bersama datuknya, King Harald V dan Ayannya, Crown Prince Haakon 
Gambar rasmi sempena hari jadi ibu bapanya yang Ke-40 (2013)
Dari kiri ke kanan: Her Royal Highness Princess Ingrid Alexander, Her Royal Highness Princess Mette-Marit, His Royal Highness Prince Sverre Magnus, His Royal Highness Prince Haakon, 
Marius Borg Hoiby (tidak dikurniakan sebarang gelaran diraja)

Belanda: Princess Catharina-Amalia Beatrix Carmen Victoria (7 Disember 2003)
Puteri ini mencuri tumpuan dunia apabila ayahandanya, Prince Willem Alexander ditabalkan menjadi Raja Belanda yang baru mengantikan Neneknya Queen Beatrix yang mengambil keputusan untuk turun takhta kerajaan pada 30 April lalu. Hal ini menjadikan dirinya berada pada senarai pertama pewaris takhta kerajaan Belanda dan diberi gelaran khas Princess of Orange yang merupakan gelaran khas kepada bakal raja/ratu pemerintah. Beliau mempunyai 2 rang adik perempuan iaitu Princess Alexia dan Princess Ariane. 
Berada pada kedudukan paling kanan sewaktu istiadat pertabalan ayahandanya
dari kiri ke kanan: HRH Princess Catharina-Amelia, Bekas Ratu Belanda, HRH Princess Beatrix, HRH Princess Alexia dan HRH Princess Ariane
Bersama Ibu Bapanya HM King Willem Alexander dan HM Queen Maxima di balkoni Istana Diraja selepas Istiadat Menandatangani Watikah Naik Takhta Kerajaan

Belgium: Princess Elisabeth Theresa Marie Helena (25 Oktober 2001)
Merupakan pewaris pertama Kerajaan Belgium selepas ayahandanya, King Philippe ditabalkan sebagai Raja Belgium yang baru pada 22 Julai lepas. Beliau diberi gelaran Duchess of Brabant iaitu gelaran khusus untuk pewaris pertama kerajaan. Elisabeth mempunyai 3 orang adik iaitu Prince Gabriel (10 Tahun), Prince Emmanuel (8 Tahun) dan Princess Eleonore (5 Tahun). Ketika mencapai umur 10 tahun, kerajaan telah menggubal undang-undang yang membenarkan anak sulung menaiki takhta tanpa mengira jantina. Sebelum ini Belgium membenarkan anak perempuan mewarisi takhta tetapi sekiranya dia mempunyai adik lelaki maka haknya sebagai waris pertama akan hilang. Selepas undan-undang ini diubah Elisabeth bakal menjadi Ratu Belgium yang pertama dari kalangan perempuan. 
22 Julai 2013: Keluarga Diraja Belgium King Philippe dan Queen Mathilde 
HRH Princess Eleonore, HRH Prince Gabriel, HRH Princess Elisabeth dan HRH Prince Emmanuel


2 september 2012: Gambar Rasmi bersama ayahnyandanya ketika itu masih lagi menjadi Putera Mahkota di Istana Laekan
7 September 2011: menjalankan tugas diraja. beliau merasmikan sebuah Hospital Kanak-kanak sambil ditemani oleh Ibu bapanya

Liechtenstein: Prince Joseph Wenzel (24 Mei 1995)
Putera ini tidaklah sepopular seperti mana kerabat diraja Eropah yang lain. Bakal menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke-18 beliau merupakan pewaris kedua kerajaan kecil Liechtenstein selepas ayahandanya, Prince Alois. Beliau mempunyai 3 lagi adik beradik lain iaitu Princess Marie Caroline (17 tahun), Prince Georg-Antonius (14 Tahun), Prince Nikolaus Sebastian (13 Tahun). Apabila ayanhnya menjadi Ketua Kerajaan Liechtenstein,beliau bakal diberi gelaran Hereditary Prince iaitu gelaran khusus untuk waris pertama kerajaan

Ulasan

Catatan Popular