VIVA EL REY FELIPE VI (Long Live the King)

Pada 2 Jun 2014 Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos I mengejutkan rakyat Sepanyol dengan penguguman secara rasmi untuk turun takhta dari kerajaan bagi memberi laluan kepada anakanda sulungnya The Prince of Asturias (gelaran rasmi untuk pewaris pertama kerajaan) iaitu Putera Felipe menaiki takhta. Walaupun ketika itu Sepanyol masih lagi berada dalam demam Piala Dunia rakyat sepanyol menyambut baik keputusan rajanya untuk turun takhta. Raja Juan Carlos I memerintah Sepanyol selama 39 tahun selepas dilantik menggantikan pemerintahan diktator General Francisco Franco pada November 1975. Selepas dilantik menjadi Raja Sepayol, baginda membawa perubahan demokrasi secara menyeluruh dengan kuasa diberi kepada parlimen. tindakan baginda ini disokong oleh rakyat Sepanyol setelah 36 tahun diperintah secara diktator. Walaubagaimanapun monarki Sepanyol agak goyah sejak kebelakangan ini berikutan skandal rasuah menantunya dan juga kejadian pembunuhan seekor gajah di Bostwana. Bagi mengelakkan monarki Sepanyol terus dipandang serong oleh rakyatnya sendiri, baginda bertindak turun takhta dan memberi laluan kepada anak lelaki sulungnya Putera Felipe yang dilihat lebih mesra media dan disegani oleh rakyat sepanyol. Putera Felipe dibantu oleh isterinya Puteri Letizia dalam membawa imej baik dalam keluarga diraja ini. Namun begitu Raja Juan Carlos tetap dikenang sebagai Bapa Demokrasi negaranya.Ini menjadikan baginda sebagai monarki kelima mengambil tindakan turun takhta selepas Pope Benedict XVI (Februari 2013) Ratu Belanda, Ratu Beatrix (April 2013) Emir Qatar, Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani (Jun 2013) Raja Belgium, Raja Albert II (Julai 2013)

Istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat menandatangani undang-undang penurunan takhta yang telah diluluskan oleh Parlimen di Isgtana Diraja Madrid. Ini kerana belum pernah raja-raja Sepanyol sebelum ini melepaskan jawatan sebagai raja. Pada tengah hari 18 Jun 2014 Konvoi diraja yang membawa Raja Juan Carlos I  isteri baginda, Permaisuri Sofia, Bakal Raja Putera Felipe, Puteri Letizia dan dua cucunya Infanta Leonor dan Infanta Sofia tiba di Istana Diraja. rombongan diraja masuk ke Bilik Gasparini dimana istiadat menandatangani undang-undang penurunan takhta dilaksanakan. Sejurus tiba lagu Kebangsaan Sepanyol dimainkan sambil diiringi dengan 21 das tembakan meriam di luar istana. Selepas Raja Juan Carlos I menandatangani undang-undang penurunan takhta  di meja khas baginda kembali  dan bertukar tempat duduk dengan anakandanya sebagai bukti baginda telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepda Putera Felipe. Istiadat ini dihadiri oleh kesemua ahli keluarga diraja termasuk adik beradik Raja Juan Carlos, Infanta Pilar Duchess of Badajoz, dan Infanta Margarita Duchess of Soria. Selesai sahaja istiadat ini Putera Felipe bergelar Raja Felipe VI manakala Puteri Letizia bergelar Permaisuri Letizia. Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia masih mengekalkan Raja dan Permaisuri untuk urusan rasmi negara. Gelaran pewaris pertama kerajaan The Princess of Asturias diberikan kepada Infanta Leonor yang berumur 8 tahun

Keberangkatan masuk rombongan diraja ke bilik Gasparini Istana Diraja

Istiadat diteruskan keesokan harinya dengan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Kapten General kepada Raja Felipe VI sebagai ketua turus negara aleh Raja Juan Carlos I di Istana Zarzuela . Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dihadiri oleh Permaisuri Letizia, Permaisuri Sofia, Leonor Princess of Asturias, Infanta Sofia, Infanta Elena Duchess of Lugo dan ahli kerabat diraja yang lain. Setelah selesai baginda berua bersama anakanda Leonor dan Sofia meninggalkan Istana Zarzuela menuju ke Bangunan Parlimen (Door of Lion) untuk istiadat angkat sumpah jawatan.
Raja Juan Carlos I memakaikan "Red Sash" kepada Raja Felipe VI
Dari Kiri: Permaisuri Sofia, Raja Felipe VI, Infanta Sofia, Leonor Princess of Asturias, Raja Juan Carlos I, Permaisuri Sofia, Infanta  Elena dan Don Felipe

Setelah selesai Istiadat Perbarisan ketenteraan, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dilaksanakan pada pakul 10.30 pagi. Istiadat angkat sumpah jawatan Raja Sepanyol juga sama dengan Istiadat Angkat sumpah jawatan Raja Belgium apabila istiadat ini tidak dilaksanakan di Gereja seperti mana pertabalan raja Eropah yang lain. Ia dilaksanakan di bangunan Parlimen sebagai simbolik kepada kuasa Demokrasi bermula. Mahkota Kerajaan juga tidak dipakai oleh Raja Felipe VI sebaliknya diletakkan di atas tempat khas dihadapan baginda sebagai simbol kuasa raja. Selesai Majlis baginda berdua akan dipersembahkan dengan perbarisan ketenteraan oleh kesemua turus angkatan tentera sepanyol sebagai simbolik taat setia pihak tentera kepada raja baru Sepanyol dihadapan tangga besar bangunan Parlimen. Baginda berdua akan diiringi dengan kawalan hormat ketenteraan dengan menaiki kereta khas menuju jalan-jalan utama seperti Paseo Del Prado, Calle Alcala, Gran Via, Plaza de Espana dan Plaze de Orinte menuju ke Istana. Sebaik tiba di Istana pasangan diraja ini akan muncul dihadapan balkoni istana bersama kedua-dua puteri dan juga Permaisuri Sofia dan Raja Juan Carlos I. Pada pukul ! tengah hari Raja Felipe menganjurkan majlis makan tengahhari sempena pelantikan baginda sebagai Raja baru Sepanyol.
Suasana di dalam Parlimen sepanyol
Perbarisan Ketenteraan dihadapan Parlimen selepas tamat Istiadat angkat sumpah
Diarak menaiki kereta khas melalui jalan-jalan utama sehingga ke Istana
Kemunculan pertama sebagai Raja dan Permaisuri Sepanyol di balkoni istana

Ulasan

Catatan Popular