Selasa, 16 September 2014

Tiara Puteri Mahkota Denmark (Danish Ruby Tiara)


Tiara bertatahkan batu delima ini direka khas sempena hari pertabalan Maharaja Napoleon Bonaparte sebagai Maharaja Perancis pada tahun 1804. Kini, tiara ini digunakan oleh Puteri Mahkota Denmark, Puteri Mahkota Mary. Bagi memastikan istiadat ini sebagai istiadat paling bersejarah dalam sejarah dunia, sebelum hari pertabalan baginda sebagai Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte telah memberikan sejumlah wang kepada 18 armada tentera lautnya untuk mencari batu permata bermutu tinggi di seluruh dunia untuk dijadikan tiara kepada kesemua isterinya ketika istiadat pertabalan itu nanti.  Salah seorang Ketua Armada tentera lautnya iaitu Jean Baptiste Bernadotte telah membeli batu delima dan permata untuk dijadikan tiara dan diberikan kepada isterinya Desiree Clary. Diseree memakai tiara ini buat pertama kalinya pada hari pertabalan Maharaja Napoleon Bonaparte Disiree sebenarnya merupakan bekas tunang kepada  Maharaja Napoleon Bonaparte. Napoleon bertindak memutuskan pertunangan dengan desiree kerana telah jatuh cinta dengan wanita lain.
    Ketika peperangan antara Sweden dan Rusia pada tahun 1809, Raja Sweden ketika itu, King Gusta IV Adolf telah mengalami kekalahan yang teruk dan terpaksa menyerahkan Finland kepada Rusia. Bagi mendapatkan kembali Finland Maharaja Napoleon Bonaparte telah menghantar Jean Baptiste Bernadotte untuk mengetuai serangan mendapatkan Finland dari Rusia. Sebagai balasannya, Jean Baptiste Bernadotte akan diberikan jawatan sebagai Putera Mahkota Sweden. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Jean Baptiste Bernadotte dan beliau pulang ke Sweden sebagai Putera Mahkota dan akhirnya menjadi Raja Sweden pada tahun 1818 dengan gelaran King Gustav XIV John. Isterinya, Desiree Clary diangkat menjadi Permaisuri Sweden dengan gelaran Queen Desiree Clary. Queen Desiree Clary membawa  tiara ini bersamanya dan menggunakan tiara ini dalam kesemua upacara keramaian dalam kerajaan Sweden
    Tiara ini bermotifkan alam semulajadi dimana permata berlian putih direka dalam bentuk daun manakala batu delima dijadikan sebagai bentuk buah ceri kecil. Tiara ini direka khas bersama rantai leher, sepasang anting-anting, kerongsang dan gelang tangan. Selepas kematiannya, beliau menghadiahkan set tiara ini kepada satu-satu menantunya  Puteri Josephine dari Leuchtenberg (Princess Josephine of Leuchtenberg). Puteri Josephine akhirnya bergelar Permaisuri Josephine. Bagi mengikut tradisi yang dimulakan oleh Permaisuri Desiree Clary, Permaisuri Josephine juga turut menghadiahkan set tiara ini kepada menantunya, Puteri Louise dari Belanda (Princess Louise of Netherlands) apabila Puteri Louise berkahwin dengan anakanda sulungnya Putera Mahkota Sweden, Putera Mahkota Charles XV. Puteri Louise menggunakan gelaran Permaisuri Louise dari Sweden (Queen Louise of Sweden)
    Hasil perkahwinan pasangan diraja ini dikurniakan dengan 2 cahaya mata iaitu Puteri Louise dan Putera Carl Oscar. Putera Carl Oscar mangkat ketika berusia 1 tahun 2 bulan. Mengikut undang-undang pewarisan takhta ketika itu, waris perempuan tidak boleh mewarisi takhta. Jawatan raja Sweden diberikan kepada bapa saudaranya Putera Oscar II. Puteri Louise akhirnya jatuh hati kepada Putera Mahkota Denmark, Putera Mahkota Frederick. Pasangan ini berkahwin pada tahun 1869. Puteri Louise mengunakan gelaran Permaisuri Louise dari Denmark selepas suaminya diangkat menjadi Raja Denmark pada tahun 1906.  Bondanya, Permaisuri Louise dari Sweden telah menghadiahkan tiara ini kepada anakandanya untuk dibawa ke Denmark kerana warna tiara ini mempunyai signifikan dengan warna bendera negara Denmark iatu merah dan putih. Sejak dari itu sehinggalah ke hari ini tiara ini kekal bersama keluarga diraja Denmark.
Tradisi pemberian tiara kepada menantu pertama kepada putera mahkota diteruskan oleh Permaisuri Louise. Baginda menghadiahkan tiara ini kepada Puteri Alexandrine apabila puteri ini berkahwin dengan anakandanya Putera Mahkota Christian. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Alexandrine apabila beliau juga turut menghadiahkan tiara ini kepada Puteri Ingrid dari Sweden apabila Ingrid berkahwin dengan Putera Mahkota Denmark, Putera Mahkota Frederick pada tahun 1935. Ingrid memakai gelaran Permaisuri Ingrid dari Denmark selepas suaminya diangkat menjadi Raja Denmark pada tahun 1947. Permaisuri Ingrid telah mengubah bentuk asal tiara ini dengan menggabungkan kerongsang sedia ada kepada tiara ini. Tiara ini merupakan tiara kegemaran baginda kerana sering kali diguna pakai dalam semua majlis-majlis kerajaan.
Bentuk asal tiara ini yang dipakai oleh Permaisuri Alexandrine  (Nenda kepada Ratu Denmark sekarang Ratu Margrethe II)
Lukisan minyak yang menunjukkan bentuk asal tiara yang dipakai oleh Permaisuri Ingrid (Nenda kepada Ratu Denmark sekarang Ratu Margrethe II) yang ketika itu masih bergelar sebagai Puteri Mahkota Denmark

Permaisuri Ingrid memakai set penuh tiara ini: Tiara, rantai leher, anting-anting dan kerongsang. Baginda akhirnya membuat sedikit perubahan dengan mencantumkan kerongsang dengan tiara agar saiznya menjadi lebih besar.

Potret rasmi baginda sebagai Permaisuri Denmark dan suaminya Raja Frederik IX. Potret ini dirakam pada 11 Mac 1948. Ingrid memakai tiara versi asal.

 
Versi kedua tiara yang diubah bentuknya oleh Permaisuri Ingrid.
Istiadat Santapan Balas sempena lawatan ke Belgium pada tahun 1968. Turut kelihatan Raja Belgium, Raja Baudouin dan Permaisuri Fabiola
Ketika Permaisuri Ingrid bersama anakanda bongsunya Permaisuri Anne Marie dari Greece dan suaminya Raja Constantine II
Ketika Menghadiri Majlis Perkahwinan cucu keduanya Putera Jaochim dengan Alexandra Manley pada tahun 1995
Sejak dari itu, tiara ini lebih dikenali sebagai Tiara Ingrid. Baginda menggunakan tiara ini hampir dalam kesemua upacara kerajaan. Baginda menggunakan tiara ini sehinggalah baginda mangkat pada tahun 2000. Sebelum mangkat Ingrid menghadiahkan tiara ini kepada cucunya Putera Mahkota Frederick untuk diberikan kepada bakal Puteri Mahkota Denmark. Selepas kematian Ingrid, Tiara ini disimpan dan tidak digunakan sehinngalah pada tahun 2004 apabila cucunya itu berkahwin dengan seorang wanita kebanyakan Australia. Walaupun Ingrid tidak sempat bertemu dengan bakal isteri kepada cucunya, Frederick yang merupakan cucu kesayangan Ingrid telah menyempurnakan wasiat Ingrid dengan memberikan tiara ini kepada Mary Donaldson. Tiara ini diberikan kepada Mary Donaldson oleh bakal suami dan bakal bonda mertuanya Putera Mahkota Frederik dan Ratu Margarethe II beberapa hari sebelum istiadat perkahwinan diraja dilangsungkan.
11 Mei 2004 :PERTAMA KALI DIPAKAI…..Mary Donaldson memakai set penuh tiara ini pada Majlis “Pre-Wedding Dinner” di Istana Amalienborg
Sehari Sebelum Perkahwinan ….Mary memakai tiara ini ketika menghadiri konsert khas sempena perkahwinan beliau dengan Putera Mahkota Denmark
Potret rasmi 2004
Potret rasmi 2009

 Puteri Mahkota Mary seringkali mengenakan set tiara ini dalam kesemua acara-acara dalam  kerajaan Denmark  antaranya ketika Majlis Santapan Diraja, Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru dan sebagainya. Pada tahun 2010, Puteri Mahkota Mary telah memakai tiara ini dilluar Denmark ketika menghadiri istiadat perkahwinan Puteri Mahkota Sweden, Puteri Mahkota Victoria. Pada tahun 2010 dengan kebenaran Bonda Mertuanya Ratu Margarethe II, Puteri Mahkota Mary membuat sedikit perubahan dan penambahan  pada set tiara ini. Puteri Mahkota Mary menyusun susunan daun pada tiara agar lebih padat dan sesuai dengan kepalanya. Selain itu, baginda juga turut mengubah set rantai dan set anting-anting agar ianya boleh ditanggalkan dan dipakai mengikut keadaan. Puteri Mahkota Mary turut membuat cincin serta 3 pin rambut daripada lebihan permata dan delima dari set asal.

Set penuh tiara ini selepas diubah oleh Puteri Mahkota Mary
Tiara yang diubah suai
Set rantai yang boleh difleksibelkan penggunaannya


Puteri Mahkota Marry memakai set tiara versi baru bersama rantai leher ketika menghadiri majlis Istiadat Persantapan Diraja sempena perkahwinan Putera Guillaume (HRH Prince Guillaume of Lexembourg) 2012
Majlis Makan Malam Kenegaraan sempena Tahun Baru 2013
Walaubagaimanapun tindakan Puteri Mahkota Mary yang telah mengubah set tiara ini mendapat tentangan daripada beberapa rakyat tempatan Denmark.  Mereka menganggap bahawa Mary tidak mempunyai hak untuk mengubah suai set tiara ini dan mendakwa Mary tidak menghormati bekas Permaisuri kesayangan mereka Permaisuri Ingrid. Tambahan pula set tiara ini hanya dipinjamkan kepada Mary kerana statusnya sebagai isteri kepada putera Mahkota. Namun isu ini tidak diperbesarkan kerana Ratu Margarethe II telah memberi perkenan kepada menantunya itu untuk melakukan perubahan set tiara milik bondanya, Permaisuri Ingrid. Bagi Ratu Margeretha Puteri Mary merupakan legasi kesinambungan bondanya, Permaisuri Ingrid. Bagi mengelakkan tiara ini berpindah dari satu negara ke satu negara yang lain, Ratu Margarethe telah meletakkan kesemua tiara termasuk set tiara ini kedalam yayasan pengurusan harta Keluarga Diraja Denmark yang terletak di Rosenborg Castle, Mungkin suatu hari nanti Puteri Mahkota Mary akan mengikut tradisi keluarga diraja ini dengan mewariskan set tiara ini kepada bakal isteri putera sulungnya Putera Christian yang kini berumur 8 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan