Maharaja Akihito dan Maharani Michiko adakan Majlis Santapan Diraja sempena memuliakan Lawatan Raja Willem Alexander dan Permaisuri Maxima

Pada 29/10/2014 , Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mengadakan Majlis Santapan Diraja khusus bagi meraikan kedatangan pasagan diraja Belanda, Raja Willem Alexander dan Permaisuri Maxima. baginda berdua mengadakan lawatan enam hari ke Jepun. Keluarga Diraja Belanda dan Keluarga Diraja Jepun mempunyai hubungn yang sangat erat malah hubungan legasi yang dilakukan oleh bekas Ratu Belanda terdahulu Ratu Beatrix diteruskan kini oleh anakan sulungnya, Raja Willem Alexander. Sewaktu menantu kepada Maharaja Akihito, Puteri Mahkota Masako mula disahkan menghadapai masalah tekanan yang terlampau pada tahun 2004, dua tahun kemudian Ratu Beatrix yang ketika itu masih lagi berada di atas takhta Belanda telah mempelawa Putera Mahkota Naruhito agar membawa isterinya itu ke sebuah estate peribadi milik baginda dengan harapan agar Puteri mahkota Masako dapat menghilangkan stres dalam melaksanakan tugasan diraja. Tekanan yang dihadapi oleh bakal Maharani Jepun ini dikaitkan dengan kegagalan baginda menyediakan seorang waris lelaki bagi mewarisi takhta bunga matahari ini. Sejak dari itu, Puteri Mahkota Masako agak jarang dilihat oleh pihak umum. Namun pada tahun 2013 Putera Mahkota Naruhito telah menghadiri istiadat Pertabalan Raja Willem Alexander dengan ditemani isterinya, Puteri Mahkota Masako. Permaisuri Maxima telah menelefon Puteri Mahkota Masako secara peribadi agar menghadiri istidat pertabalan suaminya sebagai raja Belanda yang baru. Ini merupakan penampilan pertama Puteri Mahkota Masako di khalayak awam. Video berdurasi 3 minit memaparkan keakraban antara keluarga diraja Jepun dan Belanda dimana Ratu Beatrix dilihat gembira menyambut ketibaan Puteri Mahkota Masako ke salah satu estate peribadinya dalam usaha memulihkan tekanan yang dialaminya
Puteri Mahkota Masako ketika menemani suamnya, Ptera Mahkota Naruhito menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Belanda 2014
Sewaktu lawatan pasangan diraja Belanda ini ke Jepun, baginda berdua telah disambut oleh Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. Malah baginda berdua turut menerima menghadap Putera dan Puteri Mahkota Jepun. Bagi menghormati pasangan diraja ini, Puteri Mahkota Masako mengenakan persalinan berwarna oren yang merupakan lambang warna rasmi bagi keluarga diraja Belanda, satu tanda persahabatan diplomatik yang sangat kukuh antara hubungan keluarga diraja ini.
Maharaja Akihito turut berkenan mengurniakan darjah tertinggi Jepun Order of the Chrysanthemum kepada Raja Willem Alexander manakala bagi Permamisuri Maxima baginda mengurniakan darjah  Order of the Precious Crown (darjah kedua tertinggi biasa diberikan kepada penerima perempuan/isteri raja pemerintah). Manakala sebagai balasan raja Willem Alexander mengurniakan darjah Order of the Crown kepada Puteri Mahkota Masako, Putera Akishino dan Puteri Kiko
Order of the Chrysanthemum (Japan)
Order of the Precious Crown (Japan)
Order of the Netherlands Lion dan  Order of the Crown (Belanda)
Ketibaan pasanagan diraja Belanda ini disambut oleh Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace
Memakai darjah Order of the Crown yang diberikan oleh Raja Willem Alexander
Puteri Mahkota Masako dilihat begitu ceria menghadiri Majlis Santapan Diraja. Penampilan baginda dalam upacara kerajaan menjadi tumpuan utama akhbar Jepun dan Eropah berikutan keputusan bakal Maharani Jepun ini untuk tidak meliabatkan dalam sebarang urusan negara atas faktor kesihatan. Kali terakhir Puteri Mahkota Masako dilihat menghadiri jamuan negara adalah 11 tahun yang lalu pada tahun 2003 sempena lawatan Presiden Mexico

Permaisuri Maxima pada malam itu juga turut mencuri tumpuan lensa apabila baginda memakai tiara Württemberg Ornate Pearl. tiara ini merupakan milik bonda mertuanya, Ratu Beatrix. Sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri raja pemerintah, Beatrix akhirnya membenarkan Maxima menggunakan tira ini dalam mana-mana upacara kerajaan. Baginda turut memakai Order of the Precious Crown yang dikurniakan oleh Maharaja Akihito  kepadanya. Manakala Suaminya memakai selempang darjah tertinngi Tentera Belanda Military William Order dan kalung Order of the Chrysanthemum
Maharaja dan Maharani Jepun pula memakai selempang darjah Order of the Netherlands Lion. Maharani Michiko tidak memakai tiara ketika menghadiri majlis ini atas faktor kesihatan. Maharani pernah mengalami kecederaan di bahagian leher dan atas nasihat doktor pemakaian tiara akan memberi kesan kepada maharani yang kini berusia 80 tahun.






michiko akihito 1991


Ulasan

Catatan Popular