Jumaat, 3 Oktober 2014

Permaisuri Letizia lambang wanita moden Sepanyol

Jendela Monarki Raja akan menyingkap kisah seorang Permaisuri negara Eropah yang baru diangkat menjadi "Queen" pada bulan Jun yang lalu. Baginda yang dimaksudkan adalah Letizia Ortiz Rocasolano. Baginda merupakan wanita kebanyakan pertama kelahiran sepanyol yang menjawat jawatan permaisuri. Lahir pada 15 September 1972 dalam golongan rakyat biasa anak sulung bagi pasangan Jesús José Ortiz Álvarez dan isteri pertamanya  María de la Paloma Rocasolano Rodríguez telah disunting oleh Putera Felipe untuk dijadikan teman hidupnya. Walaubagaimanapaun, bagi Letizia pernikahannya di antara pewaris takhta Sepanyol ini bukanlah yang pertama. Ini kerana, beliau telah berkahwin dengan  Alonso Guerrero Pérez seorang guru sastera pada tahun 1998. Beliau telah mula bercinta dengan gurunya ketika dia berumur 16 tahun manakala gurunya ketika itu berumur 26 tahun. Percintaan ini diakhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan pada tahun 1998 namun terlerai setahun kemudian. Perkahwinan pertama ini tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Pada tahun 2003 tanpa menghiraukan statusnya sebagai seorang janda, Putera Felipe tetap memutuskan untuk berkahwin dengan pilihan hatinya. Malah Pihak Istana telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa The Prince of Asturias (Gelaran rasmi bagi pewaris pertama takhta kerajaan) akan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita kebanyakan tempatan. Perkahwinan ini turut mendapat perkenan ayahanda dan bonda mertuanya, Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia. Putera Felipe melamar Letizia dengan memberikan cincin emas putih bertatahkan 16 biji permata. Sejak dari tarikh pengunguman pertunangan diraja ini, Letizia akhirnya berpindah dari kediaman kecilnya ke Istana Zarzuela sehinggalah tiba hari perkahwinannya pada 22 Mei 2004. Majlis Perkahwianan pasangan diraja ini telah diadakan secara besar-besaran di Gereja Santa María la Real de la Almudena dan dihadiri oleh kesemua keluarga diraja seluruh dunia.Sempena perkahwinan ini, Raja Juan Carlos I telah memperkenankan gelaran The Princess of Asturias kepada Letizia dan mengurniakan Order of Charles III  iaitu darjah kedua tertinggi kerajaan Sapanyol.
Cincin Pertunagan yang diterima oleh Letizia
Potret rasmi pertama sejurus selepas majlis pertunangan
Sekitar Majlis Perkahwinan Diraja Sepanyol, 22 Mei 2004
Sebelum mendirikan rumah tangga dengan sang putera, Permaisuri Letizia menjalani kehidupan biasa sama seperti rakyat tempatan yang lain. Baginda bekerja sebagai wartawan lokasi dan pembaca berita bagi siaran televisyen tempatan. Beliau pernah membuat liputan tentang Pilihanraya Presiden Amerika (2000), serangan 11 September (2001), dan peperangan di Iraq (2003). Detik pertemuan Letizia bersama Putera Felipe bermula pada tahun 2002 apabila dia ditugaskan untuk membuat liputan kejadian tumpahan minyak di Galicia. Di sana, beliau bertemu dengan Putera Felipe yang berada di sana bagi meninjau keadaan daerah Sepanyol yang terjejas akibat kejadian tersebut. Bermula dari pertemuan atas hubungan kerja, Putera felipe mula jatuh hati. Mereka mula menjalinkan hubungan namun ianya bersifat rahsia tetapi dalam masa setahun Putera Felipe mula menunjukkan kesungguhan dan akhirnya melamar Letizia. Putera Felipe berjaya meyakinkan Ayahandanya, Raja Juan Carlos I bahawa pilihannya pada kali ini adalah sesuai dan tepat.

Letizia merupakan calon ketiga yang diperkenalkan kepada ayahanda dan bondanya selepas 2 calon tersebut tidak mendapat persetujuan Permaisuri Sofia. Permaisuri Sofia menganggap bahawa Isabel Sartorius dan Eva Sannum hanya inginkan status semata-mata. Walaupun Isabel Sartorius datang dari keluarga bangsawan namun itu bukan tiket emas bagi Permaisuri Sofia menerima secara terus sebaliknya hanya memilih Letizia seorang gadis biasa yang hanya cucu kepada seorang pemandu teksi.

Setelah berkahwin, baginda akhirnya meletak jawatan atas kapasitinya sebagai isteri kepada putera diraja. Dari aspek pendidikan, Permaisuri Letizia belajar mengenai kewartawanan dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Audio Kewartawanan. Baginda juga turut menyambung pengajian doktor falsafah di sebuah universiti di Mexico namun tidak sempat menghabiskannya atas sebab terlampau sibuk dan jadual tugasnya yang terlampau padat.



Gambar kiri: 1997 Letizia Ortiz (25 tahun) bekerja dibahagian perniagaan dan kewangan rangkaian televisyen Bloomberg Spain network
Gambar Kanan: Ketika berkerja di rangkaian CNN Spain and Spanish National Television (TVE)

Gambar Kiri:  Ketika menjadi penyampai berita di rangkaian CNN Spain and Spanish National Television (TVE) 1
Gambar kanan: wartawan lokasi bagi Peperangan di Iraq


Perkahwinan mereka berdua dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata iaitu Puteri Leonor (8 tahun) dan Puteri Sofia (7 tahun). Masing-masing diputerikan pada 31 Okteber 2005 dan 29 April 2007. Kedua-duanya dilahirkan melalui pembedahan caeseran di Ruber International Clinic. Dalam soal penjagaan anak-anak, mereka berdua dilihat mengurangkan protokol diraja dimana, Letizia sendiri mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri keperluan dua orang puterinya. Letizia sering kali dilihat memandu kenderaan sendiri tanpa polis pengiring membawa anak-anaknya keluar bersiar-siar di tempat awam. Malah Putera Felipe juga tidak membantah dan mempersetujui tindakan isterinya itu.


gambar rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana dirakam sempena ulang tahun kelahirnanya yang ke 40 pada 2012

Pada 2 Jun 2014 ayahandanya membuat penguguman secara rasmi untuk turun takhta dari kerajaan bagi memberi laluan kepada anakanda sulungnya memerintah. Monarki sepanyol agak begitu goyah sejak tahun-tahun belakangan ini disebabkan oleh beberapa insiden terutamanya isu rasuah Inaki Urdangarin yang dilihat membawa kepada pemberontakan sebilangan kecil rakyat terhadap keluarga diraja ini. Imej baik yang dibawa oleh Putera Felipe dan Puteri Letizia berjaya menyelamatkan monarki ini dari digulingkan buat kali kedua. Populariti pasangan ini semakin meningkat naik malah semakin disayangi oleh seluruh rakyat Sepanyol. Malah rakyat Sepanyol turut melabelkan dirinya sebagai "Princess Diana". Setelah hampir 10 tahun menjadi "Princess of Asturias" rakyat Sepnyol akhirnya menerima khabar gembira apabila status Letizia bertukar kepada "Her Majesty The Queen of Spain". VIVA EL REY LETIZIA.......

Jendela mengenai pertabalan raja Sepanyol yang baru: http://monarkidiraja.blogspot.com/2014/06/viva-el-rey-felipe-vi-long-live-king.html

Kiri:Potret rasmi pertama sebagai Princess of Asturias
Kanan: Menemani Puter Felipe ketika menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mahkota denmark pada Tahun 2004. Ketika ini beliau belum lagi berkahwin dengan Putera Felipe

Kiri: Potret rasmi sewaktu Majlis Pertunangan pada tahun 2003
Kanan: Istiadat Perkahwinan Diraja pada thun 2004


 Kiri: Menghadiri Istiada Perkahwinan Diraja Puteri Mahkota Denmark, Puteri Mahkota Victoria 2010
Kanan: Menghadiri Istiada Perkahwinan Diraja Putera William 2011

Kiri: Menghadiri Istiada Perkahwinan Diraja Putera Guillaume 2012
Kanan: Menghadiri Majlis Pertabalan Raja Belanda, Raja Willem Alexander 2014
 Istiadat Perbarisan Ketenteraan Diraja (2013:kiri) (2014:kanan)
Melawat Masjid Sheikh Zayed Masjid ketiga terbesar didunia ketika lawatan rasmi ke UAE Januari 2010
Lawatan sulung sebagai seorang permaisuri..Bersama Isteri Raja Morocco Puteri Lalla Salma bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja
Menziarahi Makam Raja Morocco Almarhum Raja Hassan II
Dianugerahkan Darjah Ouissam Alaouite oleh Raja Mohammed VI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan