Raja Felipe adakan Majlis Makan Malam sempena lawatan President Chile ke Sepanyol


Sempena lawatan President Chile ke Sepanyol Presiden Michelle Bachelet, semalam telah diadakan Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Raja Felipe dan Permaisuri Letizia. lawatan ini merupakan lawatan pertama bagi President Chile selepas beliau dipilih semula menjadi presiden bagi negara itu. lawatan ini lebih menjurus kepada kerjasam ekonomi yang telah terjalin sekian lama antara kedua-dua buah negara.Beliau diiringi oleh Menteri Luar, Heraldo Muñoz, Menteri Ekonomi, Luis Felipe Cespedes, Menteri Hal Ehwal Awam, Alberto Undurraga, Menteri Tenaga, Maximo Pacheco, Menteri Perlombongan, Aurora Williams, dan Ketua Khas President, Ximena Rincon

Ini merupakan Majlis santapan negara yang pertama dihoskan oleh Raja Felipe dan Permaisuri Letizia semenjak ditabalkan menjaadi raja dan permaisuri Sepanyol pada jun 2014 yang lalu. Pada majlis ini baginda berdua memakai darjah tertinggi kerajaan Chile, Order of the Merit of Chile yang diterima oleh baginda berdua, Raja Felipe pada tahun 2001 manakala Permaisuri Letizia pada tahun 2011. 
Order of the Merit of Chile
Gaun rekaan Carolina Herrera

Ulasan

Catatan Popular