Mantan Permaisuri Belgium Mangkat (1928-2014)

Semalam, Pejabat Istana Diraja Belgium megumumkan berita kemangkatan Permaisuri Fabiola. Baginda mangkat di Stuyvenberg Castle dalam umur 86 tahun. Baginda merupakan balu kepada Raja Baudouin yang memerintah Belgium selama 33 tahun. Punca kematian tidak dinyatakan namun masyarakat mengetahui bahawa Permaisuri Fabiola menghidap penyakit osteoporosis. Akibat dari penyakit ini beliau mengurangkan aktiviti diraja atas nasihat Doktor. Anakanda saudaranya yang muerupakan Raja Belgium sekarang, Raja Philippe turut sedih dengan berita kemangkatan bonda saudaranya itu. Perdana Menteri Belgium Charles Michel mengibaratkan bekas Permaisuri Belgium ini sebagai seorang wanita hebat yang akan sentiasa dikenang dalam sejarah negara manakala Menteri Luar Belgium pula Didier Reynders menyatakan seluruh rakyat Belgium akan menangisi pemergian Permaisuri Fabiola. Satu istiadat pengkebumian diraja akan dilaksanakan bagi menghormati Permaisuri Kelima Belgium.
Her Majesty Queen Fabiola of Belgium
(11 Jun 1928-5 Disember 2014)
(15 Disember 1960-31 Julai 1993)-tempoh pemerintahan sebagai permaisuri

Ulasan

Catatan Popular