#prayforpantaitimur







SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH diiringi Tuanku Zara Salim menaiki bot ketika melakukan tinjauan di kawasan ditenggelami banjir di Kampung Labit, Lenggong, Perak, semalam. Turut kelihatan, Zambry Abd. Kadir. FOTO UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS 

RANTAU PANJANG 20 Dis. – TENGKU Mahkota, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir SK Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan, semalam. – MINGGUAN/WAHIDIN SALIM

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melawat pusat pemindahan banjir di Maktab Sultan Ismail

KUANTAN 23 DIS. 2014 - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan dekat sini malam semalam. Turut mengiringi baginda ialah dua anakandanya, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Muhammad Riayatuddin Shah. FOTO UTUSAN/MAHATHIR ALI 





Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Majlis Sukan Negeri, Dungun hari ini. Turut berkenan berangkat adinda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’ diiringi dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja.


Ulasan

Catatan Popular