Sabtu, 28 Jun 2014

Tempat Persemayaman Singgahsana Istana Diraja Sepanyol bakal diubah

Kerusi Singgahsana yang kini terdapat di Balai Singgahsana Istana Diraja sepanyol di Madrid bakal diubah berikutan pelantikan Raja Felipe VI sebagai Raja baru Sepanyol baru-baru ini. menjadi adat dan tradisi monarki Eropah seperti Sepanyol dan United Kingdom sekiranya seorang raja baru menaiki takhta, tempat duduk persemayaman baginda akan digantikan dengan yang baru mengikut citarasa raja baru yang dilantik. Buat masa ini kerusi yang dibuat khusus untuk Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia selepas dilantik menjadi Raja dan Permaisuri Sepanyol 39 tahun yang lalu masih belum digantikan.
Suasana Balai Singgahsana Istana Diraja Madrid, Sepanyol
Kedudukan Balai Singgahsana (43) manakala Bilik Gasparini (6) merupakan bilik tempat diadakan istiadat menandatangani Undang-undang penurunan takhta sempena perletakan jawatan Raja Juan Carlos I
Balai singgahsana ini dihiasi dengan warna merah keemasan dan pada singgahsana diraja ini terdapat 4 ekor singa gangsa mewakili kekusaan Raja Sepanyol. Dinding balai Singgahsana ini disulam dengan kain baldu berwarna merah manakala bahagian syiling pula dihiasi dengan lukisan minyak mengisahkan keagungan pemerintahan monarki sepanyol. Istana ini merupakan Istana rasmi Raja-raja Sepanyol sehingga pemerintahan nenda Raja Juan Carlos I, Raja Alfonso XIII sebelum dia dibuang dari takhta oleh diktator Francisco Franco. Kini, istana ini hanya digunakan untuk istiadat rasmi dan sambutan kenegaraan sahaja. Keluarga diraja Sepanyol kini tinggal di Istana yang lebih kecil iaitu Istana Zarzuela.

Majlis menerima duta baru ke Sepanyol Februari 2014
Majlis Menerima menghadap Presiden Mexico H.E Enrique Pena Nieto 8 Jun 2014
Majlis menerima menghadap Bekas Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalif aAl-Thani dan isteriya Sheikha Mozah April 2011
Istiadat menerima menghadap bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan bekas Wanita Pertama Perancis Carla Bruni April 2009



Jumaat, 27 Jun 2014

Putera Carl Philip dari Sweden bertunang

 Semalam Pejabat Istana Sweden mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertunangan diraja antara Putera Carl Philip dengan gadis kebanyakan pilihannya Sofia Hellqvist. Majlis perkahwinan bakal berlangsung pada musim panas 2015. Ini merupakan perkahwinan diraja ketiga bagi Sweden selepas tahun 2010 (Puteri Mahkota Victoria) dan 2013 (Puteri Madeleine). Pada tahun 2008, Majalah forbes meletakkan anakanda kedua kepada Raja Carl XVI Gustav dan Permaisuri Silvia ini di tangga ke 9 daripada 20 senarai putera paling kacak di dunia. Putera Carl Philip berada pada kedudukan ketiga senarai pewaris takhta Sweden. Bagi meraikan pertunangan ini satu parti tertutp telah diadakan di istana dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak manakala pihak media tidak dibenarkan membuat liputan rasmi.
Raja Carl XVI Gustav, Sofia, Putera Carl Philip dan Permaisuri Silvia
Sofia Hellqvist seorang model berumur 29 tahun telah menjalin hubungan dengan Putera Carl Philip sejak tahun 2010. beliau sering kali dilihat menghadiri uapaca diraja sweden. Sempena perkahwinan beliau dengan Putera Carl Philip, beliau akan diberikan gelaran puteri oleh bakal ayahanda mertuanya.
Menghadiri Istiadat Perkahwian Diraja Puteri Madeleine 2013
Majlis Pembaptisan Puteri Estella di gereja Istana
Majlis Pembaptisan Puteri Leonore 8 Jun 2014
Menghadiri istiadat pengubumian Puteri Lilian

Rabu, 25 Jun 2014

2 Permaisuri 1 Negara

Jordan

 22 Mac 1999 -Permaisuri Rania Al Abdullah
(Her Majesty The Queen of the Hashemite Kingdom of Jordan Queen Rania Al Abdullah)
Suami-Raja Abdullah II 

15 Jun 1978-7 Febuari 1999  (21 tahun)
Permaisuri Noor Al Hussein
(Her Majesty Queen Noor of Jordan)
Suami- Raja Hussein

Belanda
30 April 2013- Permaisuri Maxima
(Her Majesty Queen Maxima of the Netherlands, Princess of the Netherlands, Princess of Orange-Nassau)
Suami- Raja Willem Alexander

30 April 1980-30 April 2013
Ratu Beatrix- memerintah Belanda selama 33 tahun sebelum mengambil keputusan turun takhta
Her Royal Highness Princess Beatrix of the Netherlands 
(gelaran 'Queen' tidak dibenarkan mengikut perlembagaan dan digantikan dengan gelaran 'Princess' selepas turun takhta)

Sepanyol

19 Jun 2014
Permaisuri Letizia Ortis Rocasolano
(Her Majesty The Queen of Spain Queen Letizia )
Suami- Raja Felipe VI

22 November 1975-19 Jun 2014 (39 Tahun)
Permaisuri Sofia
(Her Majesty Queen Sofia of Spain)
Suami- Raja Juan Carlos I

Terengganu
Takhta Negeri: 12 Julai 1998 
Takhta Persekutuan: 13 Disember 2006-12 Disember 2011 (5 Tahun0
KDYMM Sultanah Nur zahirah Sultanah Terengganu
Suami- KDYMM Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

Takhta Negeri: 5 November 1945-20 September 1979 (34 Tahun)
Takhta Persekutuan 21 September 1965- 20 September 1970 (5 Tahun)
YMM Tengku Ampuan Tua Tengku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tuanku Omar Setia Raja 
Suami- Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Negeri Sembilan
14 April 2009
DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Tengku Seri Utama Raja Tengku Besar Mahmud
Suami- DYMM ang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Takhta Negeri: 8 April 1967-27 Disember 2008 (41 Tahun)
Takhta Persekutuan : 26 April 1994-25 April 1999 (5 Tahun)
YMM Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Suami- Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Perak
20 Jun 2014
DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim
Suami- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah

Takhta Negeri: 3 Februari 1984-28 Mei 2014 (30 Tahun)
Takhta Persekutuan: 26 April 1989-25 April !994 (5 Tahun)
YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Suami- Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izuddin Shah

Berbeza keadaannya di Johor dan Belgium apabila terdapat tiga Sultanah/Permaisuri ketika ini.

Johor
23 Januari 2010
YMM Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris shah
Suami- DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Takhta Negeri: 1981-2010 (29 Tahun)
Takhta Persekutuan: 26 April 1984-25 April 2989 (5 Tahun)
YAM Tunku Puan Zanariah binti AlmarhumTengku Panglima Raja Tengku Ahmad
Suami-Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi 

Takhta Negeri: 1959-1981 (22 Tahun)
YAM Tunku Puan Nora Almarhum binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad
Suami: Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyur

Belgium
21 Julai 2013
Permaisuri Mathilde Marie Christiane Ghislaine d'Udekem d'Acoz
(Her Majesty The Queen of The Belgians Queen Mathilde)
Suami- Raja Philippe

9 Ogos 1993-21 Julai 2013 (20 Tahun)
Permaisuri Paola Ruffo di Calabria
(Her Majesty Queen Paola of Belgium)
Suami- Raja Albert II

15 Disember 1960-31 Julai 1993 (33 Tahun)
Permaisuri Fabiola de Mora y Aragon
(Her Majesty Queen Fabiola of Belgium)
Suami- Raja Baudouin

Selasa, 24 Jun 2014

VIVA EL REY FELIPE VI (Long Live the King)

Pada 2 Jun 2014 Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos I mengejutkan rakyat Sepanyol dengan penguguman secara rasmi untuk turun takhta dari kerajaan bagi memberi laluan kepada anakanda sulungnya The Prince of Asturias (gelaran rasmi untuk pewaris pertama kerajaan) iaitu Putera Felipe menaiki takhta. Walaupun ketika itu Sepanyol masih lagi berada dalam demam Piala Dunia rakyat sepanyol menyambut baik keputusan rajanya untuk turun takhta. Raja Juan Carlos I memerintah Sepanyol selama 39 tahun selepas dilantik menggantikan pemerintahan diktator General Francisco Franco pada November 1975. Selepas dilantik menjadi Raja Sepayol, baginda membawa perubahan demokrasi secara menyeluruh dengan kuasa diberi kepada parlimen. tindakan baginda ini disokong oleh rakyat Sepanyol setelah 36 tahun diperintah secara diktator. Walaubagaimanapun monarki Sepanyol agak goyah sejak kebelakangan ini berikutan skandal rasuah menantunya dan juga kejadian pembunuhan seekor gajah di Bostwana. Bagi mengelakkan monarki Sepanyol terus dipandang serong oleh rakyatnya sendiri, baginda bertindak turun takhta dan memberi laluan kepada anak lelaki sulungnya Putera Felipe yang dilihat lebih mesra media dan disegani oleh rakyat sepanyol. Putera Felipe dibantu oleh isterinya Puteri Letizia dalam membawa imej baik dalam keluarga diraja ini. Namun begitu Raja Juan Carlos tetap dikenang sebagai Bapa Demokrasi negaranya.Ini menjadikan baginda sebagai monarki kelima mengambil tindakan turun takhta selepas Pope Benedict XVI (Februari 2013) Ratu Belanda, Ratu Beatrix (April 2013) Emir Qatar, Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani (Jun 2013) Raja Belgium, Raja Albert II (Julai 2013)

Istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat menandatangani undang-undang penurunan takhta yang telah diluluskan oleh Parlimen di Isgtana Diraja Madrid. Ini kerana belum pernah raja-raja Sepanyol sebelum ini melepaskan jawatan sebagai raja. Pada tengah hari 18 Jun 2014 Konvoi diraja yang membawa Raja Juan Carlos I  isteri baginda, Permaisuri Sofia, Bakal Raja Putera Felipe, Puteri Letizia dan dua cucunya Infanta Leonor dan Infanta Sofia tiba di Istana Diraja. rombongan diraja masuk ke Bilik Gasparini dimana istiadat menandatangani undang-undang penurunan takhta dilaksanakan. Sejurus tiba lagu Kebangsaan Sepanyol dimainkan sambil diiringi dengan 21 das tembakan meriam di luar istana. Selepas Raja Juan Carlos I menandatangani undang-undang penurunan takhta  di meja khas baginda kembali  dan bertukar tempat duduk dengan anakandanya sebagai bukti baginda telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepda Putera Felipe. Istiadat ini dihadiri oleh kesemua ahli keluarga diraja termasuk adik beradik Raja Juan Carlos, Infanta Pilar Duchess of Badajoz, dan Infanta Margarita Duchess of Soria. Selesai sahaja istiadat ini Putera Felipe bergelar Raja Felipe VI manakala Puteri Letizia bergelar Permaisuri Letizia. Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia masih mengekalkan Raja dan Permaisuri untuk urusan rasmi negara. Gelaran pewaris pertama kerajaan The Princess of Asturias diberikan kepada Infanta Leonor yang berumur 8 tahun

Keberangkatan masuk rombongan diraja ke bilik Gasparini Istana Diraja

Istiadat diteruskan keesokan harinya dengan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Kapten General kepada Raja Felipe VI sebagai ketua turus negara aleh Raja Juan Carlos I di Istana Zarzuela . Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dihadiri oleh Permaisuri Letizia, Permaisuri Sofia, Leonor Princess of Asturias, Infanta Sofia, Infanta Elena Duchess of Lugo dan ahli kerabat diraja yang lain. Setelah selesai baginda berua bersama anakanda Leonor dan Sofia meninggalkan Istana Zarzuela menuju ke Bangunan Parlimen (Door of Lion) untuk istiadat angkat sumpah jawatan.
Raja Juan Carlos I memakaikan "Red Sash" kepada Raja Felipe VI
Dari Kiri: Permaisuri Sofia, Raja Felipe VI, Infanta Sofia, Leonor Princess of Asturias, Raja Juan Carlos I, Permaisuri Sofia, Infanta  Elena dan Don Felipe

Setelah selesai Istiadat Perbarisan ketenteraan, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dilaksanakan pada pakul 10.30 pagi. Istiadat angkat sumpah jawatan Raja Sepanyol juga sama dengan Istiadat Angkat sumpah jawatan Raja Belgium apabila istiadat ini tidak dilaksanakan di Gereja seperti mana pertabalan raja Eropah yang lain. Ia dilaksanakan di bangunan Parlimen sebagai simbolik kepada kuasa Demokrasi bermula. Mahkota Kerajaan juga tidak dipakai oleh Raja Felipe VI sebaliknya diletakkan di atas tempat khas dihadapan baginda sebagai simbol kuasa raja. Selesai Majlis baginda berdua akan dipersembahkan dengan perbarisan ketenteraan oleh kesemua turus angkatan tentera sepanyol sebagai simbolik taat setia pihak tentera kepada raja baru Sepanyol dihadapan tangga besar bangunan Parlimen. Baginda berdua akan diiringi dengan kawalan hormat ketenteraan dengan menaiki kereta khas menuju jalan-jalan utama seperti Paseo Del Prado, Calle Alcala, Gran Via, Plaza de Espana dan Plaze de Orinte menuju ke Istana. Sebaik tiba di Istana pasangan diraja ini akan muncul dihadapan balkoni istana bersama kedua-dua puteri dan juga Permaisuri Sofia dan Raja Juan Carlos I. Pada pukul ! tengah hari Raja Felipe menganjurkan majlis makan tengahhari sempena pelantikan baginda sebagai Raja baru Sepanyol.
Suasana di dalam Parlimen sepanyol
Perbarisan Ketenteraan dihadapan Parlimen selepas tamat Istiadat angkat sumpah
Diarak menaiki kereta khas melalui jalan-jalan utama sehingga ke Istana
Kemunculan pertama sebagai Raja dan Permaisuri Sepanyol di balkoni istana