Kerabat Kanan yang pernah melawat Malaysia

Her Royal Highness Princess Astrid of Belgium, 
Archduchess of Austria-Este


5 Nov 2014: Adinda kedua kepada Raja Belgium Raja Philip, Puteri Astrid mengetuai Delegasi Ekonomi Belgium dalam misi memperkukuhkan hubungan ekonomi antara Belgium dengan Malaysia dan Singapura


Her Royal Highness Princess Benidekte of Denmark,
Princess of  Sayn-Wittgenstein-Berleberg


11- 16 Januari 2014 : Adinda kedua kepada Ratu Denmark, Ratu Margrethe II, Puteri Benidikte mengadakan lawatan 6 hari ke Malaysia atas kapasiti sebagai Penaung khas Persatuan Pandu Puteri (Olave Baden-Powell Society)

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
&
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman

11 Nov 2013: Putera Mahkota Brunei dan isterinya telah mengadakan lawatan rasmi 3 hari ke Malaysia.Baginda Berkenan untuk melakukan lawatan kerja ke Bank Negara dan Kem Terandak, Melaka. Baginda telah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para oleh Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed  Affandi Raja Mohamed Hussein. PAIPA Sarah pula telah melawat Pusat Permata Negara Universiti Kebangsaan Malaysia.







Her Royal Highness Crown Princess Mary of Denmark, 
Countess of Monpezat
28 Mei 2013: Puteri Mahkota Denmark mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Putrajaya. Baginda disambut oleh pengurusan tertinggi Hospital diketuai oleh Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan dan Pengarah Hospital Putrajaya. Baginda diberi taklimat ringkas sebelum melawat wad bersalin dan wad untuk pesakit diabetes. 

His Royal Highness Crown Prince Haakon of Norway 
&
Her Royal Highness Crown Princess Mette Merit of Norway

8 Mac 2010: Putera dan Puteri Mahkota Norway mengadakan lawatan kerja ekonomi bersama 130 ahli perniagaan Norway bagi merangka hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Norway. Pasangan Diaraja ini diberi sambutan diraja di Dataran Putra Kompleks Pejebat Perdana Menteri. Putera Mahkota Haakon berkenan memeriksa Batalion pertama Askar Melayu Diraja sebalum mengadap Yang Dipertuan Agong dan Raja Permisuri Agong. Pasangan ini mengadakan lawatan 3 hari ke Malaysia

29 Mei 2013: Puteri Mahkota Mette Merit mengadakan lawatan ke Pusat Perlindungan Wanita dan kanak-kanak HIV. Baginda merupakan Duta Khas bagi PBB dalam Program Pembangunan untuk Pesakit HIV semenjak Oktober 2006
His Royal Highness Prince William, Duke of Cambridge
&
Her Royal Highness Catherine, Duchess of Cambridge

14 Sept 2012: Putera William dan isteri Catherine dalam rangka kunjungan ke Malaysia selama 3 hari sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II. Pasangan ini diraikan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Majlis Santapan Malam di Istana Negara. Baginda berdua juga turut melawat Masjid As-syakirin KLCC. Majlis Minum Teh juga turut diadakan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi UK

Ulasan

Catatan Popular