Sekitar upacara pemakaman Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz

pada hari Jumaat yang mulia bertarikh 23 Januari 2015, Raja arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz telah diberitakan mangkat dalam usia 90 tahun. baginda yang meerintah Arab Saudi selama 10 tahun menderita penyakit jangkitan kuman pada paru-paru. Istiadat ringkas pengebumian baginda telah diadakan pada pukul 3 petang waktu tempatan (kira-kira 8 malam waktu Malaysia) selepas solat zohor. Takhta Arab Saudi kini diwariskan kepada adinda tiri baginda, Putera Salman Abdul Aziz. 

 Antara Kenamaan yang hadir Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa al-Khalifa, Pemerintah Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad al-Thani, Emir Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif.

Jenazah dibawa keluar setelah selesai disolatkan di Masjid Besar Imam Turki bin Abdullah. Kelihatan Raja Salman (berkaca mata hitam) hadir menunaikan solat jenazah ke atas abang tirinya.





Ulasan

Catatan Popular