Senarai Pewarisan Takhta England 2015


Senarai pewarisan takhta baru England berikutan kelahiran Her Royal Highness Princess of Cambridge

1. Putera Charles (Anakanda sulung Ratu Elizabeth II)
2. Putera William (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera Charles)
3. Putera George (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera William, Cucu Putera Charles)
4. Puteri Charlotte (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera William, Cucu Putera Charles)
5. Putera Harry (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera Charles)
6. Putera Andrew (Anakanda ketiga Ratu Elizabeth II)
7. Puteri Beatrice (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera Andrew)
8. Puteri  Eugenie (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera Andrew)
9. Putera Edward (Anakanda keempat Ratu Elizabeth II)
10. James Viscount Severn (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Putera Edward)
11.  Lady Louise (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Putera Edward)
12. Puteri Anne (Anakanda kedua Ratu Elizabeth II)
13. Peter Philips (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Puteri Anne)
14. Savannah Philips (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Peter Philips, Cucu Puteri Anne)
15. Isla Philips (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Peter philips, Cucu Puteri Anne)
16. Zara Philips (Cucu Ratu Elizabeth II, Anakanda kedua Puteri Anne)
17. Mia Grace Tindall (Cicit Ratu Elizabeth II, Anakanda sulung Zara Philips, Cucu Puteri Anne)

Berdasarkan Undang-undang Pewarisan Takhta yang diubah pada tahun 2013 kesemua anakanda kepada Putera William dan Kate akan mempunyai hak mewarisi takhta tanpa mengira jantina. Ini bermakna sekiranya Puteri Charlotte akan tetap berada pada kedudukan kedua walaupun selepas ini dia akan memperoleh adik lelaki. Sebelum ini Britain memberi hak kepada perempuan untuk mewarisi takhta tetapi haknya itu akan hilang sekiranya dia mempunyai adik lelaki. 

Jika Ratu Elizabeth II pada ketika itu mempunyai adik lelaki maka baginda tidak berhak mewarisi takhta england kerana keutamaan akan diberikan kepada pewaris lelaki. hal ini turut terjadi pada anakanda perempuan Ratu Elizabeth II iaitu Puteri Anne. Walaupun Puteri Anne merupakan anakanda kedua Ratu Elizabeth II, beliau berada pada kedudukan keempat di belakang adik bongsunya, Putera Edward. (Kini Puteri Anne berada paa kedudukan 12 senarai pewarisan takhta England)

Her Royal Highness Princess Charlotte Elizabeth Diana of Cambridge.

Berdasarkan Undang-undang Pewarisan Takhta baru England yang telah diubah oleh Parlimen Britain dan mendapat sokongan dari 16 buah negara jajahan takluknya, Puteri Charlotte merupakan kerabat diraja British pertama yang mendapat faedah dari perubahan undang-undang ini. Pertama, beliau dapat mengekalkan kedudukan beliau sebagai Pewaris kedua Takhta England (Mengikut Undang-undang lama beliau berada pada kedudukan ke 18). Kedua, Beliau dapat menggunakan gelaran Puteri (Princess of Cambridge) beradasarkan undang-undang lama beliau hanya akan menggunakan gelaran 'Lady' Lady Charlotte Elizabeth Diana Mountbatten-Windsor atau dikenali sebagai Lady Charlotte Windsor. dengan perubahan undang- undang ini, bayi kecil ini bergelar Her Royal Highness Princess Charlotte Elizabeth Diana of Cambridge.



Ulasan

Catatan Popular