Selamat meluaran seorang putera

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Jun.- Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Pengawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain memaklumkan bahawasanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, dengan izin Allah, telah selamat meluaran seorang putera pada hari Ahad, 20 Syaaban 1436 Hijrah bersamaan 7 Jun 2015 Masihi jam 2:02 pagi. Berikutan dengan meluaran ini, sebanyak 19 das tembakan meriam telah dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman.


Ulasan

Catatan Popular