Singgahsana Istana Buckingham, London

 United Kingdom of Great Britain


Segmen Singgahsana diteruskan dengan ceritera Singgahsana yang paling gah dan terkenal di serata dunia adalah Singgahsana Istana Buckingham, London. Singgahsana ini digunakan untuk istiadat pengurnaiaan darjah kebesaran dan upacara kenegaraan sahaja seperti perayaan Jubli Perak dan jubli emas Ratu Elizabeth pada tahun 1977dan 2002. Selain itu, bilik ini juga sering dijadikan sebagai tempat untuk merakamkan potret ahli kerabat diraja Britain. Singgahsana yang diletakkan di atas peterana 3 tingkat ini hanya digunakan sekali sahaja iaitu ketika istiadat pertabalan baginda Ratu Elizabeth II pada tahun 1952. Di singgahsana itu terukir jata peribadi Ratu Elizabet (EiiR) yang membawa erti 'Elizabeth II Reign' manakala disebelahnya tertulis huruf P meewakili suaminya Putera Philip. Hiasan bilik ini diwarnai dengan kain baldu kemerahan dan hiasan ukiran kuning keemasan. Di bilik ini juga ditempatkan singgahsana yang pernah digunakan oleh pemerintah Inggeris sewaktu istiadat pertabalan mereka dahulu.

Throne Room Istana Buckhingam

 Potret rasmi baginda sempena 50 tahun pemerintahan baginda pada tahun 2002
bersemayam di atas singgahsana yang digunakan oleh baginda sewaktu pertabalan pada tahun 1952
turut kelihatan adalah "The Imperial State Crown"

Potret rasmi baginda sempena 60 tahun pemerintahan pada tahun 2012 berlatar belakang singgahsana baginda

Singgahsana yang sama yang diletakkan di Balai Singgahsana Windsor castle

Potret rasmi Putera William selepas baginda dianugerahkan Darjah Tertinggi British "Order of the garter" oleh nendanya.

Ulasan

Catatan Popular