Istiadat Perbarisan Kehormatan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke istiadat yang penuh tradisi itu, berlangsung pagi tadi di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.

Berangkat sama ke istiadat itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah

 Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah

 Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

 Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

 Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

 Sejurus keberangkatan tiba, KDYMM berkenan menerima hormat diraja diiringi Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh Unit Tembak Meriam yang terdiri daripada 21 orang anggota Polis Tentera ABDB

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan memeriksa Barisan Kehormatan

 Baginda menerima salam kasih daripada Paduka Anakanda DYTM Putera Mahkota

Keberangkatan pulang baginda


Foto: Infofoto Galery (Information Department Brunei Darussalam)



Ulasan

Catatan Popular