KERABAT DAMPING RATU ELIZABETH II

Seperti mana Kesultanan Melayu, Ratu Elizabeth II juga mempunyai kerabat damping. Kerabat damping kepada baginda membolehkan mereka mewakili Ratu Elizabeth dalam melakukan tugas-tugas diraja.

 1.Yang Teramat Mulia Puteri Anne 
(Her Royal Highness Princess Anne, The Princess Royal)
Satu-satunya anakanda perempuan kepada Ratu Elizabeth II. Beliau kini berusia 65 tahun. Diberikan Gelaran diraja 'The Princess Royal' oleh bondanya pada tahun 1987 ketika brumur 37 tahun.

2. Yang Teramat Mulia Camilla Parker Bowles Duchess of Cornwall
(Her Royal Highness The Duchess of Cornwall)
menantu kepada Ratu Elizabeth. Isteri kepada anakanda sulung baginda Putera Charles. Bakal ditabalkan sebagai Permaisuri Britain sekiranya Putera Charles mengabil tampuk pemerintahan Britain. Kini berusia 68 tahun. Oleh sebab Camillia bukan dari keturunan diraja, beliau tidak boleh menggunakan gelaran puteri

3. Yang Teramat Mulia Sophie Rhys-Jones, Countess of Wessex
(Her Royal Highness The Princess Edward, Countess of Wessex,Viscountess Severn)
Menantu kesayangan kepada Ratu Elizabeth II. Kini berusia 50 tahun.. Isteri kepada anakanda bongsu Ratu Elizabeth II ini seringkali mewakili baginda ratu dalam menghadiri perkahwinan kerabat diraja Eropah. Hal ini kerana pasangan ini merupakan satu-satunya anakanda Ratu Elizabeth yang tidak bercerai (kesemua rumah tangga anakanda Ratu Elizabeth berakhir dengan penceraian kecuali Putera Edward dan Sophie). Oleh sebab Sophie bukan berasal dari keturunan diraja, beliau juga tidak menggunakan gelaran Puteri. Beliua boleh menggunakan gelaran puteri sekiranya menggunakan nama suaminya seperti Princess Edward bukannya Princess Sophie. Tetapi beliau sering kali disebut dengan gelaran bangsawan "countess" Her Royal Highness Sophie, Countess of Wessex. Ratu Elizabeth berjanji akan menganugerahkan gelaran bangsawan "duke" Duke of Edinburgh kepada suami Sophie sekiranya penyandang sekarang mangkat. Ini membolehkan beliau suatu hari nanti bergelar Duchess of Edinburgh.

4.Yang Teramat Mulia Puteri Alexandra
(Her Royal Highness Princess Alexandra, The Honourable Lady Ogilvy)
 Cucu termuda bagi Raja George V dan Permaisuri Mary menjadikan baginda adalah sepupu kepada Ratu Elizabeth II. Anakanda kepada Putera George, Duke of Kent dan ibunya Puteri Marina, Duchess of Kent (Hospital Besar Sandakan dinamakan Hospital Duchess of Kent mengambil nama sempena bonda Puteri Alexandra). Berketurunan keluarga diraja Britain dari sebelah bapanya dan keluarga diraja Greece, Denmark dan Rusia dari sebelah bondanya. Kini baginda berusia 78 tahun.

 5. Yang Teramat Mulia Birgitte Eva Henriksen, Duchess of Gloucester
(Her Royal Highness Princess Richard, The Duchess of Gloucester)
Beliau merupakan rakyat biasa yang berkahwin dengan sepupu Ratu Elizabeth II iaitu Putera Richard pada tahun 1972. Melalui perkahwinan ini, beliau telah diberi gelaran bangsawan "Duchess". Seperti mana Sophie dan Camillia, Birgitte juga tidak boleh menggunakan gelaran puteri sebaliknya akan membahasakan dirinya dengan gelaran Princess Richard (mengambil sempena nama suami). Kini beliau berusia 69 tahun.

6.  Yang Teramat Mulia Katharine Lucy Mary Worsley, Duchess of Kent
(Her Royal Highness Princess Edward, Duchess of Kent)
 berkahwin dengan anakanda kepada Putera George, Duke of Kent dan ibunya Puteri Marina, Duchess of Kent, iaitu Putera Edward. Setelah Putera George mangkat pada tahun 1942 dalam nahas kapal terbang, Edward  yang ketika itu berusia 7 tahun mewarisi gelaran Duke of Kent. Setelah Edward berkahwin dengan Katharine pada tahun 1961 secara automatik Katharine bergelar Duchess of Kent. Katharine bukan berketurunan diraja dan beliau juga tidak bole menggunakan gelaran puteri. Kini beliau berusia 82 tahun.

Ulasan

Catatan Popular