KERABAT DAMPING RATU MARGRETHE II


1. Yang Teramat Mulia Puteri Mahkota Mary
(Her Royal Highness Princess Mary,The Crown Princess of Denmark, Countess of Monpezat)
Wanita kebanyakan dari Australia ini merupakan menantu kepada Ratu Margrethe II. Beliau telah berkahwin dengan Putera Frederik pada tahun 2004. Diberi jolokan Cinderella Moden oleh media Eropah apabila dirinya berjaya menambat hati seorang pewaris utama kerajaan. Bakal Bergelar Permaisuri Denmark dan menjadi Permaisuri pertama Denmark dalam kalangan rakyat biasa apabila suaminya ditabalkan sebagai Raja Denmark suatu hari nanti. Kini beliau berusia 43 tahun.

2. Yang Teramat Mulia Puteri Marie
(Her Royal Highness Princess Marie of Denmark, Countess of Monpezat)
Puteri Marie juga merupakan menantu kepada Ratu Margrethe II. Wanita kebanyakan yang berasal dari Perancis ini merupakan isteri  kedua kepada Putera Joachim. Diberikan gelaran Puteri setelah berkahwin pada tahun 2008 dengan Putera Joachim.

3. Yang Teramat Mulia Puteri Benedikte
(Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark)
Adinda kedua kepada Ratu Margrethe II ini berada pada kedudukan ke 11 senarai pewarisan takhta Denmark. Baginda juga merupakan sepupu kepada Raja Sweden sekarang, Raja Carl XVI Gustav. Bertemu jodoh dengan Putera Richard yang berasal dari sebuah wilayah beraja di Jerman. Perkahwinan ini dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Baginda sering kali mewakili kekandanya dalam melakukan tugas-tugas diraja. Kini Baginda berusia 71 tahun.

 4.Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Anne-Marie
(Her Majesty Queen Anne-Marie of the Hellenes, Princess of Denmark)
Adinda bongsu kepada Ratu Margrethe. Puteri Denmark ini telah berkahwin dengan Raja Greece, Raja Constantine II. Perkahwinan ini membolehkan baginda memakai gelaran Permaisuri. Walaupun sistem beraja Greece telah dihapuskan, gelaran Permaisuri baginda masih lagi kekal sehingga ke hari ini. Selain mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Sweden, baginda juga merupakan biras kepada bekas Permaisuri Sepanyol, Permaisuri Sofia. Keluarga Diraja Greece kini menetap di London. Permaisuri Anne-Marie dan suaminya sering kali terlibat dalam majlis keraian kerajaan disebabkan status baginda sebelum ini sebagai anakanda kepada raja pemerintah. Baginda kini berusia 69 tahun.

 5.Yang Amat Mulia Puteri Elisabeth
(Her Highness Princess Elisabeth of Denmark)
Baginda merupakan sepupu kepada Ratu Margrethe II. Baginda merupakan satu-satunya anakanda Putera Knud dan Puteri Caroline-Mathilde yang mendapat tempat dalam senarai pewarisan takhta kerajaan Denmark. Buat masa ini, Baginda berada pada kedudukan ke-12 senarai pewarisan takhta Denmark. Berusia 80 tahun dan memilih untuk tidak berkahwi.

Ulasan

Catatan Popular