KHAS SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN PERMAISURI SILVIA KE 72

23 Disember 1946 merupakan ulang tahun kelahiran bagi Permaisuri Silvia yang ke-72. Suri hidup kepada Raja Sweden, Raja Carl XVI Gustaf telah dinobatkan dalam pemerintahan beraja Sweden sebagai Permaisuri Sweden paling lama bertakhta di singgahsana kerajaan selepas Permaisuri Sophia (Queen Sofia of Nassau).

Permaisuri Silvia mencatatkan rekod sebagai Permaisuri Sweden paling lama bertakhta di Singgahsana kerajaan bersama suaminya Raja XVI Gustaf selama 41 tahun. Sebelum ini rekod dipegang oleh Permaisuri Sophia (Queen Sofia of Nassau) selama 35 tahun

Kemampuan baginda menguasai bahasa Sweden menyebabkan baginda diterima dengan baik oleh rakyat Sweden. Selain itu baginda juga fasih berbahasa Jerman, Portugis, Perancis, Spanish dan English.

Potret rasmi baginda sempena Hari jadi ke-70

Berasal dari Heidelberg, Jerman, baginda merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Walther dan Alice Sommerlath. Baginda mempunyai 3 orang abang iaitu Ralf, Walther Ludwig dan Hans Jörg. Walaubagaimanapun abang ketiganya, Hans Jörg telah meninggal dunia pada tahun 2006 dan sebagai memperingati abangnya, Permaisuri Silvia telah menamakan sebuah pusat kebajikan untuk ibu dan kanak-kanak di Berlin telah dinamakan sempena nama abangnya itu. Pusat jagaan itu kini diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Kanak-kanak Sedunia Permaisuri Silvia.

Sebelum disunting oleh Raja Sweden, baginda menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa yang lain. Baginda bersekolah di  Colégio Visconde de Porto Seguro. Baginda pernah berkhidmat di awan biru sebagai pramugari dan juga pernah berkhidmat di Konsultan Argentina. Di bawah konsultan tersebut baginda pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Protokol ketika Sukan Musim Sejuk di Innsbruck, Austria dan juga pengacara ketika Sukan Olimpik Musim Panas di Munich. Pada ketika sukan inilah baginda akhirnya bertemu dengan suaminya yang ketika itu masih bergelar Putera Mahkota Sweden.

Kisah percintaan baginda berdua tidaklah diwarnai dengan perkara yang indah. Hal ini kerana percintaan pasangan diraja ini mendapat tentangan hebat daripada datuk suaminya itu, Raja Gustaf VI Adolf. Raja Gustaf VI Adolf menentang sekeras-kerasnya perkahwinan mereka berdua kerana dirinya beranggapan bahawa keturunan diraja mesti berkahwin dengan keluarga diraja. Malah mangikut Perlembagaan Sweden ketika itu, sekiranya mana-mana ahli keluarga diraja yang berkahwin dengan orang kebanyakan, mereka akan kehilangan status diraja dan juga senarai keutamaan pewaris takhta. Dua orang Ayahanda saudara Putera Mahkota Carl Gustaf hilang status diraja dan senarai keutamaan pewaris takhta disebabkan menikahi wanita kebanyakan. Bagi menghormati datuknya dan ingin menjaga status beliau sebagai Putera Mahkota, Putera Carl Gustaf menangguhkan dahulu perancangan untuk menikahi Silvia.

 Lukisan minyak sempena meraikan pertunangan pasangan ini pada tahun 1976

Perkahwinan Diraja antara seorang Raja dengan rakyat kebanyakan. Ini merupakan perkahwinan pertama di antara seorang raja yang sedang memerintah sejak 1797.

Namun takdir menentukan segalanya, Pada tahun 1973 datuknya, Raja Gustaf VI Adolf akhirnya mangkat, Putera Mahkota Carl Gustaf ditabalkan sebagai Raja Sweden yang baru dengan gelaran Raja Carl XVI Gustaf. 3 tahun selepas menduduki takhta kerajaan, Raja Carl XVI Gustaf mengambil keputusan untuk menikahi kekasih hatinya, Silvia Sommerlath selepas baginda berjaya mendapat sokongan parlimen Sweden untuk meminda perlembagaan Sweden berkaitan perkahwinan kerabat diiraja dengan golongan kebanyakan.
Pengunguman pertunangan diraja ini diumumkan kepada rakyat Sweden pada 12 Mac 1976 di Istana Diraja Stockholm dan perkahwinan Pemerintah Sweden dengan gadis rakyat biasa ini dilaksanakan pada 19 Jun tahun yang sama. Setelah perlembagaan Sweden diubah, bapa saudara Raja Carl XVI Gustaf, Putera Bertil juga dapat berkahwin dengan wanita pilihan hatinya ketika usianya 64 tahun.

Keluarga Diraja Sweden; Christopher O'neill, Puteri Leonoer, Puteri Madeleine, Putera Daniel, Puteri Estella, Puteri Mahkota Victoria, Putera Carl Philip dan Puteri Sofia

Potret keluarga Diraja Sweden pada tahun 1998

Bahtera perkahwinan mereka diwarnai dengan 3 orang cahaya mata iaitu Puteri Mahkota Victoria, Putera Carl Philip dan Puteri Madeleine. Kesemua anakanda mereka telah berkahwin. Kini Raja dan Permaisuri Sweden mempunyai 3 orang cucu dan bakal menimang 2 lagi cucu pada tahun hadapan.

 Gambar yang diambil sewaktu perkahwinan puteri sulung baginda, Puteri Mahkota Victoria. Dalam satu sesi temu ramah bagi program TV mengenai barangan kemas keluarga Diraja Sweden dan Norway, Permaisuri Silvia menyatakan dirinya mempunyai satu impian iaitu ingin melihat anakandanya itu merasai kehidupan yang gembira bersama orang tersayang. Oleh sebab itu, baginda tiada halangan apabila Puteri Mahkota Victoria memilih untuk berkahwin dengan Jurulatih gym peribadinya, Daniel Westling. 

Baginda menemani suami, RajaCarl XVI Gustaf mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Mac 1996. Baginda membuat kunjungan hormat ke atas Yang di-pertuan Agong ke-10, Tuanku Jaafar (Almarhum Tuanku Jaafar) dan Raja Permaisuri Agong ke-10 Tuanku Najihah (YMM Tuanku Ampuan Najihah)

Permaisuri Silvia dan Raja Carl XVI Gustaf bergambar kenangan bersama Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ketika Istiadat Santapan Diraja Lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Malaysia pada September 2005

Baginda berbual mesra dengan Raja Isteri Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha sewaktu Istiadat Persantapan Diraja memuliakan Lawatan Raja Sweden ke Brunei pada tahun 2003

 Baginda diiringi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin melawat Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

Sebagai seorang isteri pemerintah, baginda menjalankan tugas-tugas diraja dengan baik. Daripada seorang gadis biasa yang akhirnya menjadi isteri kepada seorang raja, Silvia banyak menemani suaminya, Raja Carl XVI Gustaf melakukan lawatan sama ada di dalam mahupun luar negara. Baginda juga banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan pertubuhan kebajikan terutamanya terhadap hak kanak-kanak. Kelantangan baginda memerangi keganasan seksual ke atas kanak-kanak menyebabkan baginda mengasaskan Yayasan Kanak-kanak Sedunia. Baginda juga dilantik sebagai Penaung Kongres Sedunia mengenai Eksploitasi Jenayah ke Atas Kanak-Kanak kali pertama yang diadakan di Stockholm, Sweden pada tahun 1996.

Syling peringatan sempena meraikan hari jadi Permaisuri Silvia ke-50

Pada tahun 1990, baginda pernah dianugerahkan "Deutscher Kulturpreis" sebagai mengenang jasa baginda dalam melindungi hak-hak orang kelainan upaya. Selain itu, baginda juga merupakan Penaung Kehormat Yayasan Antarabangsa Mentor (Yayasan berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak).  Disebabkan Raja Carl XVI Gustaf merupakan Penanung Diraja bagi Persekutuan Pengakap Dunia, Permaiisuri Silvia juga aktif dalam aktiviti pengakap malah baginda juga giat membantu ahli-ahli pangakap yang kurang upaya melalui yayasan kebajikan baginda sendiri dikenali dengan nama Yayasan Permaisuri Silvia.

Ulasan

Catatan Popular