Khamis, 30 April 2015

Majlis Santapan Diraja Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu ke-53

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA
Dewan Persantapan Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu
26 April 2015 / 7 Rejab 1436 H




Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah serta YTM Tengku Nadhirah Zaharah dan YTM Tengku Fatimatuz Zahra' ke Dewan Persantapan diiringi oleh Menteri Besar YAB Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri YABhg To' Puan Seri Hajjah Halina Zakaria

Lagu Negeri Terengganu "Selamat Sultan" dimainkan sejurus semua Kerabat Diraja barada di Meja Santapan Utama

KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah

Yuna diundang khas untuk membuat persembahan pada Majlis Santapan Diraja

Berangkat meninggalkan majlis. Baginda berdua kemudian berkenan menerima menghadap dan bersalaman dengan semua tetamu yang hadir pada Majlis Santapan Diraja







Suasana Dewan Persantapan Istana Syarqiyyah

 Meja Santapan Utama


 Hiasan dalaman bermotifkan moden kontemporari dengan hiasan unsur-unsur tadisional pada bahagian dinding dan juga chandeliar yang bermotifkan pokok kelapa

Pentas Khas untuk persembahan di bahagian kiri Dewan Persantapan

Foto: FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenngganu [Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol]



Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu ke-53

ISTIADAT PENGHADAPAN DAN PENGURNIAAN BINTANG-BINTANG 
DARJAH KEBESARAN NEGERI
Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu
26 April 2015 [7 Rejab 1436 H]


Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terangganu, Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol yang bertugas pada Hari Istiadat memeriksa kedatangan tetamu dan tetamu Vip sebelum memasuki Balai Singgahsana Istana Syarqiyyah

Suasana Balai Singgahsana Istana Syarqiyyah

Keberangkatan tiba Anakanda Sultan, Tengku Nadhirah Zaharah dan Tengku Fatimatuh Zahra'

Keberangkatan tiba Bonda Sultan, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Syariffah Nong Al-Sagoff


Keberangkatan tiba KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu

Sultan dan Sultanah Terengganu berserta YTM Tengku Besar Terengganu bersemayam di Singgahsana Kerajaan

YAB Menteri Besar menyampaikan perutusan tahniah bagi mewakili kerajaan dan rakyat Terengganu

KDYMM Sultan menyampaikanTitah Ucapan Diraja

Dato’ Bentara Luar Dato' Hj Omar bin Pilus mengadap dan menyembah maklum kepada KDYMM Sultan untuk memulakan istiadat pengurniaan bintang kebesaran negeri

 YAB MB Datuk Ahmad Razif mengetuai senarai penerima pingat dengan dianugerahkan Bintang Kebesaran Peringkat Kedua Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran
'Datuk Seri'

 Ketua  Istiadat Datuk Bentara Luar, Datuk Omar Pilus turut dianugerahkan Bintang Kebesaran Peringkat Kedua Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati Peringkat Pertama Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT) yang membawa gelaran 'Datuk'

Mufti Negeri Dr Zulkifly Muda menerima Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu peringkat kedua Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran 'Datuk'


Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu [Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol]
               Unit Komunikasi Negeri Terengganu

Sabtu, 25 April 2015

HARI KEPUTERAAN SULTAN TERENGGANU KE-53

...Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada 26 April 2015 bersamaan 7 Rejab 1436H...

26 APRIL 2007 ; Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13

2 JULAI 2007 ; diberi sambutan negara oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha sempena lawatan 3 hari ke Brunei. Turut kelihatan adalah YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Azrinaz 

17 FEBRUARI 2009 ; Tuanku Mizan dianugerahkan Ijazah Kehormat Queen's University daripada Naib Canselornya Prof Peter Gregson. Ijazah Kehormat ini adalah julung kali dianugerahkan kepada seorang monarki yang sedang memerintah. Istiadat ini berlangsung di Istana Melawati.

 9 MAC 2009 ; Lawatan 4 hari ke Thailand atas jemputan Raja Bhumibol Adulyadej.  Raja Thailand berkenan menganugerahkan Darjah Knight of the Order of Rajamitrabhorn kepada Tuanku Mizan dan Darjah Grand Cordon Of the Order of Chula Chom Klao kepada Tuanku Nur Zahirah. Sebagai balasan Tuanku Mizan berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia [Member of The Most Distinguished Royal Family Order of Terengganu] kepada Raja Bhumibol dan Ratu Sirikit. Gambar diambil sempena Majlis Santapan Negara di Chakri Throne Hall di Istana Besar

 3 APRIL 2009 ; Menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan YAB Perdana Menteri di Istana Negara Lama

 19 APRIL 2009 ;  President Chile, Michelle Bachelet menyambut ketibaan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di kediaman rasminya Palacio de La Moneda sempena lawatan baginda berdua ke Chile

25 APRIL 2009 ; Tuanku Mizan, Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra berehat di dalam khemah VIP sempena penyertaan Baginda dalam pertandingan menunggang kuda 'Panamerican Endurance Horse ride 2009' di tepi pantai Costa Azul, Uruguay. Tuanku Mizan menang tempat pertama bagi kategori berkumpulan manakala tempat kedua bagi kategori individu


26 MEI 2010 ; menerima menghadap Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Istana Negara

 5 JUN 2010 ; memeriksa Perbarisan Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka

 13 DISEMBER 2010 ; Majlis Makan Malam bersama rakyat Malaysia di Doha sempena lawatan rasmi 3 hari baginda ke Qatar

29 APRIL 2011; Baginda berangkat keluar dar Hotel Penginapan Claridge's hotel  menuju ke Westminster Abbay untuk menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera William dengan Catherine Middleton

 15 MEI 2011 ; berangkat pulang menaiki pesawat khas selepas menamatkan lawatan 3 hari ke Kedah. Turut sama di belakang mengucapkan selamat jalan adalah bekas MB Kedah Allahyarham Tan Sri Dato Seri Diraja Azizan Abdul Razak dan isteri 

 27 JULAI 2011 ; Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menghadiri Majlis Makan Malam di Kediaman Rasmi Putera Charles, Clarence House sempena The Earth Awards Exhibition

30 OGOS 2011; Baginda memeriksa Barisan Kawalan Kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Hari Kemerdekaan Negara

 16 OKTOBER 2011 ; dianugerahkan Darjah Tertinggi Indonesia, Bintang Republik Indonesia Adiputera. Anugerah ini telah disampaikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono ketika kunjungan Tuanku Mizan dan rombongan ke Istana Merdeka

13 APRIL 2014 ; Memeriksa Kawalan Pasukan Polis sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 13

 10 MEI 2014 ; Menghadiri Majlis Perkahwinan puteri mantan YAB MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said di Taman Tamadun Islam

12 MEI 2014 ;  Istiadat Perisytiharan Perlantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan YAB MB Terengganu

19 JULAI 2014 ; Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan

17 OGOS 2014 ; Kerabat Diraja Terengganu, Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah, Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuh Zahra tiba di Istana Syarqiyyah bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-52

17 OGOS 2014 ; Singgahsana Kerajaan, Baginda bersama Tuanku Nur Zahirah bersemayam di Singgahsana Baru Istana Syarqiyyah manakala di kanan dan kiri merupakan tempat persemayaman Yang di-Pertuan Muda Terengganu dan isteri. Namun buat masa ini Singgahsana di sebelah kiri  diisi oleh bonda Sultan Mizan iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Syariffah Nong Al-Sagoff


18 SEPTEMBER 2014 ;  Majlis Pelepasan Jemaah Haji Ke Tanah Suci Mekah di TH Hotel & Convention Centre Terengganu

12 OKTOBER 2014 ; Tiba di Terengganu International Endurance Park,Lembah Bidong, Setiu bagi menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup 2014

16 OKTOBER 2014; Baginda dan Sultanah Nur Zahirah menghadiri Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa di Perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu sempena Ulang tahun Keputeraan baginda ke 52

 23 MAC 2015 ; bersama DYMM Sultanah Hajjah Kalsom semasa menghadiri Istiadat Santapan Diraja sempena Pertabalan Sultan Johor
 26 MAC 2015 ; Menghadiri Majlis Penutup Tilawah AL-Quran Peringkat Negeri di Stadium Mini, Sungai Tarom, Setiu


Foto: 
FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol
Keehuachee.blogspot
Corbis Image