PENGISYTIHARAN RAJA BARU THAILAND




Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn hari ini diisytiharkan secara rasmi sebagai Raja Thailand ke-10 dari Dinasti Chakri secara rasmi oleh kerajaan Thailand. Dalam satu majlis yang diadakan di istana dan disiarkan secara langsung di seluruh negara, Putera Mahkota menyampaikan titah ucapan diraja dan menerima sembah hormat daripada kesemua ahli Majlis Parlimen. Sepatutnya selepas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober 2016, putera mahkota perlu diangkat terus sebagai raja Thai yang baru, namun Putera Maha Vajiralongkorn memohon agar baginda diberikan tempoh secukupnya untuk berkabung di atas kemangkatan ayahandanya. Sejak dari itu sehingga 31 Disember 2016, pemerintahan Thailand diletakkan di bawah bekas Perdana Menteri Prem Tinsulanonda yang juga President Majlis Privy Thailand sebagai pemangku raja buat sementara waktu.

Oleh sebab Putera Maha Vjiralongkorn enggan ditabalkan secara terus timbul spekulasi bahawa adindanya Puteri Maha Chakri Sirindhorn akan diangkat sebagai Raja Thailand pertama dalam kalangan wanita. Perkara ini dnafikan sekeras-kerasnya oleh Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha dan menyatakan perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Ryan Aherin (penganalisis politik) menyatakan  sekiranya terdapat sebarang usaha untuk meminda proses penggantian raja Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dengan adiknya boleh dianggap sebagai pencabulan wasiat raja.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang kini berusia 64 tahun merupakan Putera Mahkota Thailand semenjak 1972 apabila baginda diangkat menjadi Putera Mahkota ketika berusia 20 tahun. Kerajaan Malaysia setakat ini telah menganugerahkan baginda dengan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) (The Most Esteemed Order of the Defender of the Realm) dan Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (The Most Distinguished Family Order of Terengganu) DKII daripada KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.Bagnda kini disebut dengan Gelaran Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun (Rama X)

Long Live His Majesty King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun

Ulasan

Catatan Popular