Ahad, 1 Mei 2016

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN RAJA CARL XVI GUSTAF KE-70

Sempena dengan ulang tahun kelahiran Raja Sweden yang ke-70, Kerajaan Sweden telah mengadakan sambutan hari ulang tahun baginda bermula pada 25 April sehingga 30 April 2016. AntaranyaMajlis Makan malam yang dianjurkan oleh Pasukan Ketenteraan Negara serta beberapa konsert diraja yang dianjurkan oleh beberapa Pertubuhan NGO Sweden. Namun acara yang mencuri perhatian adalah acara kemuncak iaitu Majlis kesyukuran (Te Deum thankgsgiving service) dan Majlis Santapan Diraja yang dihadiri oleh kerabat diraja asing.

 Kerabat diraja Sweden

Keberangkatan tiba bekas Raja dan Permaisuri Sepanyol, Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia

Keberangkatan tiba bekas Ratu Belanda Ratu Beatrix (kini bergelar Puteri Beatrix) dan Puteri Mahkota Yugoslavia, Puteri Mahkota Katherine

Puteri Takamado mewakili kekanda iparnya Maharaja Akihito

Sepupu Raja Carl Xvi Gustaf yang juga merupakan Ratu Denmark, Ratu Margrethe II turut hadir

Selesai sahaja Istiadat Kesyukuran di dalam Gereja Istana, Kesemua tetamu yang hadir ke perkarangan Istana bagi Istiadat menerima tabik hormat dari pasukan ketenteraan negara. Raja Carl XVI Gustav dilihat berdiri bersam dengan Puteranya, Puter Carl Philip menerima tabik hormat. Baginda juga dilihat menerima jambangan bunga dari beberapa kanak-kanak yang hadir menyambut ualng tahun kelahiran baginda. Selepas tamat istiadat ini kesemua kerabat diraja Sweden berkumpul di balkoni Istana dimana Raja Carl XVI Gustav berkenan untuk menyampaikan titah diraja di hadapan rakyat baginda.

Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia

Anakanda dan menantu Raja Carl XVI Gustaf
dari Kiri: Christopher O'Neill, Puteri Mahkota Victoria bersama Anakanda keduanya Putera Oscar, Puteri Madelaine, Putera Danial bersama Puteri Estella, Puteri Sofia dan Putera Carl Philip
Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Istiadat Santapan Diraja di Istana Rasmi Negara. Kesemua hadirin memakai pingat ulang tahun kelahiran Raja Carl XVI Gustaf ke-70.

Keberangkatan tiba anakanda dan menantu baginda,  Putera carl Philip, Puteri Mahkota Victoria, Putera Daniel, Puteri Madelaine dan Christopher o'Neill

Keberangkatan tiba Puteri Mahkota Denmark, Puteri Mahkota Mary
 
 Keberangkatan tiba Puteri Beatrix (Bekas Ratu Belanda) bersama dengan Pemerintah Monaco, Putera Albert II manakala Raja Belgium, Raja Philip beriringan bersama Puteri Takamado

Keberangkatan tiba sepupu Raja Carl XVI Gustaf, Puteri Benedikte

Keberangkatan tiba Puteri Martha Louise dan suaminya Ari Benh mewakili Raja dan Permaisuri Norway, Raja Harald V dan Permaisuri Sonja. Raja Harald V, Permaisuri Sonja serta Putera dan Puteri Mahkota Norway tidak dapat menghadiri istiadat ini berikutan tragedi sebuah helikopter terhempas di negara itu.
 
Keberangkata kerabat diraja Sweden (Adinda-adinda raja)

Keberangkatan Raja Carl XVI Gustaf diringi sepupu baginda Ratu Margrethe II yang juga merupakan Ratu Denmark

Permaisuri Silvia tiba dengan diiringi pleh Presiden Finland, Presiden Sauli Niinisto

 Kiri: Permaisuri Belgium, Permaisuri Mathilde
kanan: Puteri Mahkota Romania, Puteri Mahkota Margarita

 Kiri: Putera Hassan Bin Talal dan isteri Puteri Sarvath El Hassan mewakili Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania
Kanan: Puteri Anne of Bavaria dan Putera Manuel of Bavaria

Kenangan bersama tetamu-tetamu negara yang hadir